Ahad, 18 Mac 2012

Happy!!!!!

hari ini... happy sangat-sangat... sebab hari ini hari terakhir program hari ICT kolej. happy sebab dapat laksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai AJK.. sepanjang 3 hari program berlangsung, banyak pengalaman yang aku dapat. memang susah nak cari pengalaman macam tu. tambah lagi bila program tu kita sendiri yang anjurkan. jadi, bila program tu berjaya, rasa gembira.. kawan pon makin bertambah.yang tak mesra alam, jadi mesra alam.. hehehe..happy... alhamdulillah.... =D

Sabtu, 3 Mac 2012

Balik Rumah

Semalam, bertolak dari UKM ke Kuala Terengganu dari pukul 8.00 mlm dan selamat sampai pukul 7.00 pg esok nya... lama kan... dekat 12 jam perjalanan disebabkan oleh perkara yang tak dapat nak di elakkan. biasa la kalau kawasan Kuala Lumpur yang tak lepas dari kesesakan lalu lintas. Untuk nak elak dari tersangkut kesesakan lalu lintas tu, abang pun ambil la jalan lain.. (maklum la sebab balik dengan abang).. nak ambik jalan lain tu, boleh pula tersalah masuk jalan sebab keliru banyak sangat cabang jalan. jadi, abang pon main masuk je jalan yang mana-mana. asalkan sampai dengan selamat je... sepanjang 11 jam perjalanan tu, tipu la kalau cakap tak penat.. rasanya macam dah tak larat nak buka mata sebab dalam kereta sepanjang malam tak tidur sebab nak temankan abang memandu... huhu.. baik tak??? haha.. perasan.. hehe.. bukan selalu pun nak perasan ni. okay la.. sampai sini je untuk petang ni... =D

SIAPA AKU???



Assalamualaikum semua...
                Mari sini saya perkenalkan diri saya...
  Nama di beri.... Nurul Faizah... rasanya ramai yang dah kenal.. huhu...
Bagi yang dah kenal bagus la sebab tak perlu la saya terangkan panjang lebar sebab saya pun malas nak terangkan... Tapi macam yang anda sedia maklum sudah tentu la saya ni pelajar UKM bangi.. huhu..
Bangga tu memang la ada sebab ada juga rezeki masuk universiti berbanding dengan ramai orang yang tak bernasib baik... 
 Okay la... sampai setakat ni sahaja tentang diri saya... kalau nak tahu yang lain, saya malas nak bagitahu... hehehehehe....