Rabu, 9 Mei 2012

KESIHATAN

Maklumat ini hanya untuk di kongsi bersama rakan-rakan. tak salah kan.. lagipun, alang-alang saya kena buat projek paper untuk salah satu subjek yang berkaitan jadi, saya teringin nak kongsi..

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng:

Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng:

Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak;
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola:

Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian

Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjang.

Rabu, 11 April 2012

Pantai!!!!


ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni buat pertama kali lepas sampai ke terengganu, saya pergi la ke pantai.. terrkejut melihat perubahan pantai yang tersangat ketara.. biasanya pantai terengganu di kenali dengan pantai berpasir tapi sekarang sudah jauh berbeza. pantai2 sudah di benteng dengan batu2 besar untuk mengelakkan berlakunya hakisan.. keindahan pantai terengganu sudah tiada unik nya.. sedih melihat keadaan pantai.. geram pon ade pada pihak2 tertentu yang menjadi penyebab kepada hakisan pantai.

Sabtu, 7 April 2012

Coretan pembuka Cuti..

salam dan selamat sejahtera semua...
Hari ni dah start cuti untuk pelajar universiti terutama UKM.. selamat bercuti pertengahan semester..
cuti tu cuti la jgak tp jgan lupa study untuk exam k.. GOOD LUCK AND DO THE BEST!!!!

Selasa, 3 April 2012

Presentation

Hari ini aku ada 3 pembentangan dalam satu hari... memang tertekan tapi tak de la tertekan sangat kalau dah buat persiapan dari awal. baru je lepas dari bentang untuk subjek aplikasi komputer. alhamdulillah okay walaupun sangat gugup masa kat depan tadi. lepas ni ada information sharing untuk accademic communication dan petang ni ada pembentangan untuk asas keusahawanan dan inovasi.. minggu depan cuti!!!!! hehehe.